Pengalaman Di MTD - Hari Pertama
Nota: Hi. Nama aku Amar. Ini first blog dan akan ceritakan pengalaman ke MTD untuk Pemilihan Putera 6 bulan lepas. Blog ni mungkin panjang, nak cakap siap siap. Kalau ada tersilap mohon maaf sebab mungkin ada part yang tak ditulis atau terlupa. Okay, aku sebenarnya taknak tulis macam mana or kenapa aku nak join MTD. Aku akan cerita macam mana seminggu aku kat MTD dari hari pertama sampailah hari yang terakhir. Hari Pertama: 5 April 2021 0545 pagi - Aku bangun tidur, buat apa yang patut 0655 pagi - Aku keluar hotel (Aku datang dari Perak). Dah naik kereta semua, lepas tu mulalah perjalanan dari Ibu kota ke Sungai Besi. Sepanjang perjalanan tu, agak sesak sebab hari Isnin orang sekolah, pergi kerja semua. 0930 pagi - Lebih kurang waktu ni, aku sampai ke pintu gerbang MTD, excited dia lain macam. Ni lah pintu gerbang dia Sepanjang masuk tu, dapat ambik gambar yang menarik Dalam jam 1010 pagi - Aku pun masuk dalam bangunan, Pegawai-Pegawai tu mintak slip ujian swab test lepas tu...