Pengalaman Di MTD - Hari Pertama
Nota: Hi. Nama aku Amar. Ini first blog dan akan ceritakan pengalaman ke MTD untuk Pemilihan Putera 6 bulan lepas. Blog ni mungkin panjang, nak cakap siap siap. Kalau ada tersilap mohon maaf sebab mungkin ada part yang tak ditulis atau terlupa.
Okay, aku sebenarnya taknak tulis macam mana or kenapa aku nak join MTD. Aku akan cerita macam mana seminggu aku kat MTD dari hari pertama sampailah hari yang terakhir.
Hari Pertama: 5 April 2021
0545 pagi - Aku bangun tidur, buat apa yang patut
0655 pagi - Aku keluar hotel (Aku datang dari Perak). Dah naik kereta semua, lepas tu mulalah perjalanan dari Ibu kota ke Sungai Besi. Sepanjang perjalanan tu, agak sesak sebab hari Isnin orang sekolah, pergi kerja semua.
0930 pagi - Lebih kurang waktu ni, aku sampai ke pintu gerbang MTD, excited dia lain macam.
| Ni lah pintu gerbang dia |
Dalam jam 1010 pagi - Aku pun masuk dalam bangunan, Pegawai-Pegawai tu mintak slip ujian swab test lepas tu kena pergi ke Wisma Putera. Wisma Putera ni dekat dengan tempat penginapan (Dorm). Bila turun tangga tu aku dah nampak ramai orang dalam dewan tu. Bila dah letak beg belakang dewan, dekat pintu dewan tu ada board, aku tengok ada nama-nama calon, ID dengan kompeni mana diorang akan masuk.
| So, inilah nombor calon aku, aku ditempatkan dalam Kompeni Alpha. |
Dalam dewan tu, meja semua dah susun ikut Kompeni masing-masing, so Kompeni Alpha dekat sebelah pintu masuk. Dari pagi tu sampailah dalam pukul 1230 tengahari, proses pendaftaran dan taklimat. Time ni korang kena serah telefon korang, dia akan bagi macam satu "plastik" untuk korang letak telefon dalam tu. Dia selit sekali slip penyerahan telefon yang korang dah isi dekat dalam tu, satu slip dekat plastik tu dan satu lagi korang pegang (Jangan hilangkan). Dah settle semua tu, kitaorang diarahkan untuk buat barisan dan dengan teraturnya bergerak ke tempat penginapan. Dah sampai kat bawah tu, kitaorang diberi taklimat pasal tempat menginap tu. Tempat tu ada dua blok, diorang kata satu blok Form 4 dan satu lagi untuk Form 5 (ini aku taktau). Kompeni Alpha masuk dulu tapi kitaorang duduk tingkat atas sekali, tingkat 3. Sape yang bawak beg berlambak-lambak auto seksa nak naik tu. Dah dapat bilik semua, kitaorang kemas sikit susun tambah katil semua pastu rehat jap. Seingat aku, satu blok ada 4 Kompeni, blok aku dari Kompeni Alpha - Delta, blok sebelah Kompeni Echo - Golf. Satu kompeni satu tingkat, tak bercampur.
Waktu Zohor tiba, aku tak ingat kitaorang solat dalam bilik atau Surau, tapi lepas solat kitaorang makan dekat Wisma Putera. Makanan dia ok je, lauk ikan goreng, daging kuah, buah dan paling penting air kordial. Ya, memang air potong kaki dia bagi. Lepas makan, dah boleh balik ke blok masing masing untuk tidur, rehat sampai jam 1630. Waktu Asar, kitaorang bergerak ke surau untuk berjemaah, surau dia besar boleh muat semua orang. Oh ya, kat surau dia ada ATM sebijik kalau nak keluar duit boleh je. Petang tu ada taklimat lagi kot. So Maghrib, macam biasa pergi Surau lepas tu baru makan malam. Dah siap makan semua boleh balik dorm untuk pentadbiran diri untuk tunggu Waktu Isyak. Lepas Isyak, jam 2100 kitaorang kena pergi Wisma Putera untuk buat Ujian Psikologi sampai jam 2300. Ujian dia lebih kurang macam ujian Psikometrik. Lepas dah siap Ujian tu, kitaorang dah boleh balik ke dorm tapi boleh stay dekat Wisma Putera kejap kalau nak alas perut untuk malam. Jam 2359 lampu dah kena off, so kalau nak pergi tandas kena pergi sebelum tu.
Tamat Hari Pertama.
Ulasan
Catat Ulasan